Friday, 31 July 2015

KUIH BANGKIT SANTAN




Bahan-Bahan:
4 cawan tepung ubi
2 cawan tepung gandum
4 1/2 cawan gula halus
1/2 sudu serbuk penaik
4 biji telur ayam
1 biji kelapa


Bila dah try buat Tart Nenas aku jadi gian pulak nak buat biskut raya. Hahahaha. penyakit apakah?? Namanya penyakit rajin :) Ok untuk buat kuih ni senang je. Barulah aku tahu rupanya kuih yang aku suka sangat makan ni rupanya mengandungi santan. Terasa pelik tetibe kuih raya ada santan..hehe.. ok berbalik pada topik. Bahan-bahan mestilah lengkap macam kat atas ni. Untuk membuatnya boleh la rujuk kat sini .. Smoga berjaya ye. 

KUIH TART BUNGA




Di musim raya ni kuih tart memang selalu menjadi pilihan. Aku? Dah tentu la.. Kuih kegemaran ni.
Aku tak reti buat kuih ni sebab selalu mak aku yang bancuh. Aku tolong bentuk je n bulat kan inti.. hahahaha.. ok berbalik pada cerita, nak makan kuih ni tapi banyak kat kedai tak sedap. Jadi aku buat keputusan untuk cuba buat sendiri. Ketika membuatnya memang berdebar-debar ntah jadi ke tak kuih tart aku ni. Akhirnya alhamdulillahhhhhh sedap pon. So aku nak share resipi ni dengan korang kat luar tu. Pastikan korang ada bahan-bahan macam kat bawah ni.

Bahan-Bahan:

Bahan untuk jem:
  • 2 biji nenas, parut dan toskan air
  • 600 gram gula
  • 1 batang kayu manis
  • 2-3 titik pewarna kuning
Bahan untuk hiasan:
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu air
  • Setitik pewarna kuning
Bahan-bahan untuk tart:
  • 125 gram butter, premium Anchor butter
  • 1 sudu besar gula kastor
  • 1 biji kuning telur
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 3/4 cawan tepung gandum*
  • 1/4 cawan tepung jagung*
  • 1 sudu besar tepung kastard*
  • 1/2 sudu kecil garam halus

Bila dah ada bahan-bahan. Baru lah korang boleh mulakan dengan mengikut cara-cara di SINI.

Aku ambik resepi dan cara buat dia. Tapi bentuk aku pakai bentuk bunga. So kalau dah siap bancuh tu korang boleh la pilih nak pakai perap bunga atau nak gulung. Tapi bagi aku pakai acuan lagi senang. HEHEHE yang penting rasa tu mesti sedap.


Thursday, 30 July 2015

TOMYAM SEAFOOD





Hari-hari saya makan tomyam kat kedai. Tetibe rasa macam nak cuba masak sendiri pulak. Tak rugi pon sebab memang suka makan tom yam..hehe .. Jadi bermulalah episod mencari resepi. Akhirnya dapatlah merasa tom yam buatan sendiri..hahaha sedap jugak tangan ni memasak..hehehe..Sini saya ada sediakan resepi dan cara-cara masak tom yam. Anda sekalian boleh lah mencuba juga. Selamat berjaya ya.. 

Pada yang nak instant tu .. boleh la cuba Tom Yam paste brand TESCO. Tapi tidak digalakkan sebab nanti rasa tak sesedap original. hehehe

Bahan-Bahan:
Bahan untuk tomyam paste:
  • 15-20 biji cili kering, dibuang biji dan rebus
  • 1 biji bawang besar, hiris kasar
  • 5 ulas bawang putih, hiris kasar
  • 2 inci lengkuas. hiris kasar
  • 2 inci halia. hiris kasar
  • 5 helai daun limau purut, hiris kasar
  • 1 sudu besar serbuk ketumbar
  • 2 sudu besar udang kering, rendam dengan sedikit air sehingga lembut
  • 1 cawan air asam jawa
  • 2 sudu besar gula perang (gula pasir biasa pun boleh)
  • 2 batang serai. hiris nipis
  • 2 sudu besar sos ikan Thai
  • 1 senduk minyak untuk menumis
Bahan untuk kuah Tomyam:
  • 3 cawan air (boleh juga guna air rebusan ayam atau seafood, lagi sedap )
  • isi ayam, bahagian dada dihiris nipis
  • udang, dibuang kepala
  • sotong, potong ikut kesukaan anda
  • 1/2 batang karot
  • 1 biji tomato, potong 4
  • cendawan tiram, jika suka
  • 1 batang serai
  • 4 helai daun limau purut
  • 10-15 biji cili padi, belah dua di bahagian atas jangan smpai terputus
  • 2 sudu besar sos ikan
  • 2 biji limau nipis, ambil jus
  • tomyam paste (separuh dari bahan tomyam paste yang disediakan di atas)
  • sedikit daun ketumbar
  • 1/2 biji bawang holland atau bawang besar kuning, dipotong 4

SIAKAP TIGA RASA


siakap-tiga-rasa



Bahan bahan
1 ekor ikan siakap – (boleh kukus atau goreng)
100 ml air – boleh tambahkan air kalau nak kuah lebih (jika ikan dikukus)
2 sudu besar minyak – untuk menumis
Garam secukupnya
Bahan Cincang Halus:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah
Bahan Dihiris Halus:
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut
4 – 5 biji cili padi
Bahan-Bahan Sos:
2 sudu besar cili kisar
1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos plum – guna sos ikan
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar jus limau nipis/lemon
1 sudu kecil kicap manis
Cara Memasak:
1.Sediakan kukusan. Jika kukus, lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air. Kukus hingga ikan masak. Atau jika digoreng, lumur dengan garam kunyit dan digoreng garing.
2.Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan bahan cincang selama 1 minit.
3.Masukkan cili kisar dan goreng sehingga cili agak masak sebelum dimasukkan bahan-bahan sos lain yang telah disatukan dalam mangkuk. Kacau rata rata.
4.Setelah mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam secukup rasa.5.Masak hingga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan yang telah dikukus atau yang telah digoreng.
6.Sedia untuk dihidangkan dengan nasi putih panas panas.

COLESLOW

1/2  biji kubis ( saiz kecil )- saya guna kobis warna ungu.
1/2 biji lobak merah ( option tapi untuk kali ni saya tak guna)
4 sudu besar mayonis
2 sudu besar sour cream
2 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar fresh lemon juice
sedikit serbuk lada hitam
1/4 biji bawang besar ( option)
Cara penyediaan
1.  Bersih kubis dan lobak merah. Potong halus.
2. Kupas bawang besar. Bersihkan. Kemudian cincang. Gaulkan dengan kubis dan lobak merah tadi.
3. Kemudian gaul semua bahan hingga rata. Simpan dalam petisejuk sebelum dihidangkan

GRILLED SALMON WITH WHITE SAUCE




BAHAN :
(IKAN)

2 keping ikan salmon
1 sudu besar minyak zaitun
Secubit garam
Secubit lada hitam
1 sudu kecil daun oregano
*1 cawan mashed potatoes @ sepinggan nasi @ salad

BAHAN (SOS PUTIH) :

Wednesday, 29 July 2015

MASHED POTATO


6-8 biji Kentang ( dikopek kulit, di potong dan di rebus hingga empuk)
1 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair
sedikit daun bawang  (di potong2)
sedikit lada sulah dan garam
Sedikit daun bawang dan daun sup
Cara membuatnnya
1. Satukan kentang rebus, butter, garam dan lada sulah kemudian lecek hingga hancur.
2. Masukkan susu cair. Kacau hingga rata. Kalau rasa- rasa terlalu pekat boleh ditambah sedikit lagi susu atau air masak.
3. Last sekali masukkan daun bawang yang telah dipotong-potang. Gaul rata dan bolehlah di hidangkan

BLACK PEPPER GRILL LAMB CHOP

Bahan-bahan
8 keping daging lamb
2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan gula pasir
1 sudu besar herba campuran
1 sudu kecil garam 
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan  diatas
** Kisar  semua bahan dan lumurkan pada daging lamb tadi….. perap semalaman dalam peti sejuk. Bila hendak dibakar lumurkan @ spray sedikit minyak pada alat pembakar dan bolehlah di bakar seperti biasa.



Sos lamb chop

Bahan-baham


1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam
Cara membuat sos
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.

* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.

GRILLED CHICKEN CHOP

GRILLED CHICKEN CHOP



  • 1 ekor ayam  ( di belah 4 dan ‘debone’kan ayam –  dapat 4 keping )
  • 1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk)
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu makan kicap masin
  • 1 sudu makan jus limau
  • 1 sudu besar jus halia ( 1 inci halia di tumbuk dan perah jusnya kedalam         ayam)
  • 1 sudu kecil serbuk ayam ( granulled chicken stock)

Cara Penyediaan

  1. Satukan semua bahan hingga rata. Kemudian peraplah ayam dalam petisejuk selam beberapa jam. Seelok-eloknya semalaman.
  2. Semasa hendak membakar gaulkan dengan sedikit minyak masak dan bolehlah di bakar di atas periuk non stick. Balik-balikkan ayam hingga masak dan bolehlah di angkat

Untuk Sos Perang ( brown sause ) @ Sos lada hitam

  • 1 labu bawang besar ( potong dadu)
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
  • 1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
  • 1 sudu makan sos tomato atau sos chili
  • 1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
  • 1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
  • Sedikit garam

Cara membuatnya

1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat.Boleh di angkat dan dihidangkan.

* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong              jika anda mahu.