Wednesday, 29 July 2015

BLACK PEPPER GRILL LAMB CHOP

Bahan-bahan
8 keping daging lamb
2 biji bawang besar
4 biji bawang putih
1 inci halia
2 atau 3 sudu besar sos tiram
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan gula pasir
1 sudu besar herba campuran
1 sudu kecil garam 
Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan  diatas
** Kisar  semua bahan dan lumurkan pada daging lamb tadi….. perap semalaman dalam peti sejuk. Bila hendak dibakar lumurkan @ spray sedikit minyak pada alat pembakar dan bolehlah di bakar seperti biasa.



Sos lamb chop

Bahan-baham


1 labu bawang besar ( potong dadu)
1 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
1 sudu makan sos tomato atau sos chili
1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus)
1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.
Sedikit garam
Cara membuat sos
1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.

* jika anda biasa guna kaedah white sos iaitu masak tepung gandum dalam mentega dulu baru masuk bahan-bahan lain boleh juga. Tapi saya lebih suka buat begini je sebab lebih senang.
** Anda boleh juga tambah cendawan dalam tin yang sudah dipotong-potong jika anda mahu.

No comments:

Post a Comment